salam you all..
agak lama jugak ye aku tidak mengupdate blog ini..mungkin terlalu excited sebab dapat beli emas pada isnin lepas..lama betul aku excited..hehe baik lah pada kali ini, aku sepertinya berminat pulak untuk membincangkan tentang topik expenditure, especially for teenagers. kenapa perbelanjaan para remaja pulak yang tiba2 aku nak cakapkan ni ye?hehe
cerekarama
tadi(semalam,sebab sekarang dah pukul 1 pagi), aku sangat bosan menonton match world cup..australia vs ghana yang dengan keputusan seri 1-1..eh aku bukan nya nak cerita pasal world cup laa..disebabkan bosan, aku pun tukarlah tv tu kepada channel kegemaranku, tak lain dan tak bukan tv3..hehe sebab aku tau hari sabtu pukul 10 malam ade cerekarama..
minggu ni, sempena hari bapa, dia tayang cerita..alaa tak ingat laa nama dia..yang aku ingat hero dia rosyam nor,dan semestinya cerita ni memberi pengajaran kepada kita semua untuk menghargai jasa seorang bapa kepada anak. cerekarama ini mengisahkan kehidupan miskin rosyam nor(tak ingat nama watak dia ape) sebagai seorang bapa kepada dua anak, yang sulung lelaki dan yang satu lagi perempuan.
kesusahannya sebagai seorang ketua keluarga amat merungsingkan, mana isteri dan ibunya lagi sakit dan memerlukan duit untuk membiayai kos perubatan. ditambah pula dengan kerenah anak lelakinya yang sering terpengaruh dengan awek dan rakan-rakan sekolahnya yang hidup bermewah-mewahan. kira highlight dalam cerita ni si anak dan si ayah laa..yang si ayah sibuk mencari mencari duit manakala si anak membentak nakkan itu dan ini.
teenager’s spending
cerita tersebut tidaklah begitu memberi pengajaran kepada aku sangat, yeyapi membuat aku terfikir tentang kuasa membeli seorang remaja. hasil sedikit kajian yang aku buat sebentar tadi, bolehlah aku nak share sebuah graf kat bawah ni.


walaupun graf ni dicuri diambil dari website dari usa, tetapi aku rasa graf tersebut mungkin juga boleh diguna pakai secara generalnya untuk emaja di malaysia. kenyataannya, kategori clothing memang sangat digemari oleh para remaja. puncanya,fesyen.
fesyen
kalau nak diikutkan, pada pendapat aku, puncanya adalah media. fesyen tersebar melalui ikon-ikon dan selebriti-selebriti seperti artis, model dan ahli sukan. persoalannya, sejauh manakah kepntingan fesyen? sedarkah mereka apabila dewasa nanti, bila mereka harus menguruskan kewangan sendiri, bila mereka sudah diperkenalkan dengan hutang, banking, kad kredit dan sebagainya, bila mereka berkeinginan untuk berkahwin, bila mereka mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga, fesyen dan pengurusan diri sudah menjadi antara perkara paling tidak penting sekali. lupakan brand-brand mahal, lupakan gaya-gaya elegan, hutang rumah, kereta dan kad kredit, lampin anak, kiriman wang ke kampung lebih menjadi keutamaan.
ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa budaya berfesyen dalam kalangan remaja ni jelas merupakan sebuah pembaziran yang nyata. bagi yang sudah belum berkahwin seperti macam aku, awal-awal lagi aku berniat untuk mengatakan tidak kepada fesyen kepada bakal anak-anak kami aku. bagi aku, lebih baik aku menambah tabungan si kecil dari semasa ke semasa sebagai menjamin sedikit keselesaan hidup dewasanya kelak. aku sangat yakin, ramai parents di luar sana yang menyedari hakikat ini, tapi entah kenapa mereka mengambil jalan untuk tidak bertindak mencegah anak-anak mereka berfesyen berlebih-lebihan.
bukankah budaya menabung itu memang patut diamalkan sewaktu usia anak masih kecil lagi. contohnya, anak hendak membeli basikal. untuk mendidik anak lebih menghargai basikal yag bakal diperolehnya, kita menggalakkan si anak untuk menabung sendiri dengan duit yang kita berikan. bukan menyanggah, tetapi pada pendapat aku sendiri, anak lebih menghargai basikal yang dia peroleh bukanlah satu-satunya tujuan menabung.
dalam proses mendewasakan si anak, (sekali lagi pendapat sendiri) kita juga perlu menerapkan kepada si anak selok belok duit, manipulasi, penyelewengan, pelaburan, pengurusan, fakta, cabaran, dugaan dan sebagainya. aku sungguh tak terbayang entah berapa banyak duit bapaku yang telah ku habiskan semata-mata untuk berfesyen(clothing), belum pula masuk kategori movies and entertaiments dan food and snacks. kalaulah aku dapat menahan kuasa membeliku sebanyak 10% sahaja, sudah pasti duit tabunganku sekarang jauh sekali berbeza nilainya berbanding sekarang..
bingung
cuma, inilah rintihan ku sebagai seorang anak yang sedang meningkat dewasa. aku masih belum faham emosi dan pemikiran seorang bapa dalam membesarkan seorang anak. betulkah ayah-ayah di malaysia ini mendidik anak mereka menggunakan wang dengan betul? umumnya, seorang bapa tidak akan mendedahkan taraf kewangannya kepada si anak. begitulah yang dilakukan oleh rosyam nor dalam cerekarama tersebut. berbeza dengan ibu, seorang bapa ada ego yang lebih bila bercakap soal duit(betul ke?). entah la aku pun tak pasti..seorang bapa sepatutnya bukan sahaja mengajar anak menghargai setiap duit yang ada, malah sepatutnya mengajar anak menguruskan kewangan sendiri seperti merekodkan perbelanjaan mingguan dan sebagainya. lebih baik menyiapkan anak dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat daripada biarkan anak melakukan kaedah cuba jaya sendiri..
kepada sang bapa diluar sana, anda ade sebarang nasihat untukku yang kebingungan ni??