salam you all!

hai semua apa khabar?! diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera..

hari ni(isnin) merupakan hari pertama aku masuk belajar balik untuk semester baru..hehe agak memeningkan kepala rasanya..mood belajar masih belum ada. yang ada cuma mood bercuti di rumah. otak cuma fikirkan pasal bisnes, tengok bola, masak dan sebagainya yang tiada kaitan langsung dengan akademik. setelah lebih 3 bulan bercuti, baru tadi aku telah attend kelas pertama untuk semester inni, dan perasaannya sangatlah membosankan..

argh! bagaimana ya kawan blogger yang lain? pasti mereka yang telah berpengalaman tahu bagaimana rasanya menghadapi keadaan sedemikian, dan yang pastinya dapat mengatasi masalah tersebut. hari ni aku ade 3 kelas..pagi, tengah hari dan petang.. pagi aku malas nak pegi, petang aku tidur sahaja di asrama. cuma kelas tengah hari sahaja yang aku bersemangat.

oh, pelajarang yang diajar di kelas tadi adalah kimia organik. satu subjek yang sangat menarik. aku harus recall kembali pelajaran2 yang telah aku pelajari di peringkat asasi dulu. lebih kurang 3 tahun yang lepas jugak la. nota2 lama masih aku belum buang, cuma tersorok entah dimana. kerja-kerja pencarian harus dilakukan segera untuk mengelakkan keciciran.

untuk hari selasa(esok), aku bercadang untuk tidak ponteng semua kelas pun..tapi walaubagaimanapun, kita tengok sajalah macam mana keadaannya esok ye..

rakan-rakan blogger sekalian macam mna pulak? aku pasti ramai yang pernah experience pengalaman macam ni. dan macam mana korang boleh solve ye? jom share sikit

p/s : korang jangan tertipu dengan gambar kat atas tu, aku pun tak tau gambar ape tu.aku just rembat kat google je.hehe