sedikit introduction

pastinya ramai rakyat Malaysia di luar sana terutamanya kaum melayu tgh syok layan drama adamaya sekarang ni. walaupun kehebatan drama ini mungkin tak dapat menandingi kehebatan drama nurkasih yg pernah menjadi fenomena beberapa bulan yg lepas, tetapi drama ini tetap syok utk dilayan. mungkin konsep, pendekatan dan tema yg ingin diketengahkan melalui drama2 ini berbeza, tetapi masih ada pengajaran yg dapat diambil dari drama adamaya ini walaupun ianya taklah se’islamik’ drama nurkasih.

kejadian untuk diberi perhatian

setakat habis episod adamaya yg ke 11 kamis lepas,22april, pastinya ramai penonton dan peminat yg agak x puas hati dgn tindakan Dani (Faizal Yusup) yang tergamak bertindak menceraikan isterinya(x tau nama,haha) yang sedang sarat hamil. malah, memburukkan keadaan lagi, Dani kembali datang bertemu dan mengganggu kebahagiaan Maya (lisa), kekasih gelapnya satu ketika dulu (waktu diorang student).

rumah tangga

pastinya mendirikan rumah tangga adalah target setiap insan yg waras, atau sekurang2nya menjadi angan2mereka, atau paling simple pun pernah terlintas dlm setiap fikiran manusia dewasa untuk mendirikan nya. begitulah anatara sedikit sebanyak yg dapat kita perhatikan drpd watak2 dlm drama adamaya ni. apa yg kita boleh nampak setakat ni, adam dan maya kelihatan sgt bahagia menjalani kehidupan rumah tangga mereka. setelah 5 tahun berumah tangga, setelah masing2 sibuk dgn komitmen masing2, barulah si Dani tu datang buat kacau,kn?(hehe aku terlepas episod hari rabu dan aku menonton drama ni sambil memasak pd hari kamis).

pengajaran yang patut diambil

  1. jodoh dan pertemuan di tangan TUHAN, sama jgk mcm rezeki dan ajal
  2. x payah laa kemaruk sgt bercinta waktu tgh study lg ni
  3. cinta monyet x kemana pun
  4. bercinta jgn sampai keterlaluan (jgn melanggar hukum syarak)
  5. bercinta kerena Allah
  6. bercinta jgn bodoh2 bercinta, biar ada target utk berumah tangga

selain itu, terdapat juga banyak pengajaran2 yg dapat diambil dgn pembacaan. bahan bacaan yg bagaimana tu? haa ini satu cadangan aku.korang yg nk mendalami ilmu berumah tangga ni, bolehlah baca buku tulisan ustaz Hasrizal Abdul Jamil. dia ada tulis 3 buku yg dah jd best saller dah pun.

  1. aku terima nikahnya (dah katam skali)
  2. bercinta sampai kesyurga (otw nk katam)
  3. murabi cinta (baru nk beli, hehe)

atau kalau rase kedekut sgt nk beli buku2 ni or rase membaca buku fizikal ni mcm konvensional dan kuno sgt, boleh je kalau korang usha laman web ustaz ni kt saifulislam.com. macam2 info yg boleh didapati dari artikel2 dia, dan jugak komen2 dari pembaca. basically, ok laa drpd utk org yg segan utk bertanya ttg ilmu rumah tangga, hinggalah utk mereka yg x pernah terfikir utk menjalani kehidupan berumah tangga mereka berdasarkan islamic perspective (selalunya golongan ni obses dan lebih terpengaruh dgn westernization).

implikasi daripada sikap masyarakat kita

berdasarkan pengajaran yg patut diambil, dapatlah kita fahami bahawa sebahagian besar masyarakat kita sekarang ni adalah sgt rosak baik dari sahsiah, pegangan, pemahaman, pemikiran dan sebagainya. memang benar, barat telah sukses dalam menanamkan doktrinnya terhadap masyarakat yg dijajahnya secara politik satu masa dulu. salah satu implikasinya dapat dilihat dgn jelas dalam drama adamaya. seawal usia mudanya lagi, maya sudah hangat bercinta dgn dani. mereka sepertinya tidak dapat menerima hakikat bahawa jodoh maya sudah ditetapkan, iaitu dgn adam. inilah antara keburukan cinta tanpa nikah.

golongan sasaran

perlu diingat, proses pembelajaran hanya akan berhenti sebaik shj seseorng itu mati.(ntah2, waktu mati pun diorang baru boleh belajar ttg hidup yg penuh penipuan ni). jadi, tak kiralah setinggi mana pun tahap ilmu kita, setinggi mana pun pencapaian akademik kita atau sehebat mana pun kita dalam menghasilkan income(passive and active), pasti jua terdapat something yg kita masih bodoh atau jahil. jadi,in my opinion laa, ilmu2 ttg rumah tangga ni adalah perlu utk dipelajari dari semasa ke semasa oleh semua golongan, baik yg belum berumah tangga, yg mahu berumah tangga, yg sudah berumah tangga, yg nk tambah isteri dan yg nk kne poligami. hal ini kerana dalam keadaan apa sekalipun kita digalakkan utk sentiasa bersedia menghadapi segala dugaan dan cabaran. lagipun,boleh jugak digunakan ilmu2 ‘baru’ ini sbg jalan utk muhasabah diri(especially bagi golongan yg dah beranak pinak) bagi mengenang kembali sama ada benarkah kaedah yg kita gunakan dal proses mendidik anak2 kembali sesungguhnya, org yg berilmu takut kpd Allah.

hikmah

drama adamaya ni ade bagusnye jugak. selain mencairkan para lelaki dgn kecomelan dan keayuan lisa surihani, ia jugak memberi pengajaran kepada para penonton(for those who are aware).dah laa,nk cite bnyk2 pun aku ni bukan nye banyak ilmu sgt pun. ni pun just nk share je dgn korang..

hehe apa lagi,komen laa sikit beb!