rozaidi.net

tempat aku mengomel

Browsing Posts in book

good luck!

10 comments

salam you all!

hai malam ni aku tak nak spend masa yang panjang untuk membuat entri ni. sebabnya aku akan mula menghadapi final exam untuk semester ni esok (rabu 27 oktober). bermula dengan paper organic chemistry. iye, kimia organik dalam bahasa melayu nya. subjek yang pastinya menjadi “kegemaran” ramai semenjak dari zaman sekolah menengah lagi.

hehe ape-ape pun, aku just nak wish good luck to all students who are about to sit for their final examination. termasuklah aku, dan jugak geng2 blogger yang masih lagi bergelar student (sape je yang masih student?).

sebuah lukisan yang telahpun aku scan dan paste disini. sekadar menjadi medium untuk menyampaikan mesej kepada para pembaca bahawa aku tengah serabut gila dengan final exam ni.

Rancang Wang Dari Sekarang

20 comments

Salam you all..

Apa khabar geng2 blogger dan silent reader sekalian? aku harap korang dalam keadaan yang baik dan sihat2 belaka.

baiklah untuk entri kali ini ingin sekali aku kongsikan kepada anda semua berkaitan dengan sebuah buku yang diberi nama “Rancang Wang Dari Sekarang”,RWDS yang ditulis oleh  Pakdi.

sebelum membuat review tentang buku RWDS ni, ade sedikit details tentang buku ini yang perlu diketahui oleh anda semua :

  • penulis : Pakdi
  • penerbit : PTS PRFESSIONAL
  • tajuk buku :Rancang Wang Dari Sekarang
  • muka surat :162(tidak termasuk bahagian kandungan dan introduction)
  • harga :RM17.50(semenanjung), RM19.50(sabah/sarawak)

baiklahuntuk bahagian review ini, ingin sekali aku membahagikannya kepada beberapa bahagian seperti dibawah :

quote daripada bahagian prakata

Perancangan perlu dilakukan mulai dari sekarang. Ramai antara kita tidak menyedari kepentingan merancang wang melainkan sudah tidak cukup duit dan hutang mula bertambah di keliling pinggang.

Ramai orang tidak tahu merencang kewangan kerana tidak didedahkan dengan perkara2 yang asas seperti aset, liabiliti, pendapatan, perbelanjaan, aliran tunai serta maklumat penting berkaitan simpanan, perlindungan dan pelaburan.

Kita juga masih tidak betul2 faham mengenai kewajipan merancang kewangan dengan cara yang halal dan berkat. Setiap sen yang kita dapat itu akan ditanya oelh Alah pada hari akhirat kelak. Malah, sumber sumber pendapatan yang halal atau haram itu sendiri membentuk darah daging kita.

Dalam buku ini, kita dapat mempelajari perkara2 asas seperti yang disebutkan di sebelah. Penting bagi kita memahami perkara yang asas supaya membolehkan kita merancang dengan betul dari awal.

Saya berharap buku ini membantu pembaca supaya dapat mula merancang wang dari sekarang bakkata pepatah Melayu, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

Suzardi Mauzan

www.pakdi.my

2010

Golongan yang aku sarankan supaya baca

secara umumnya buku ini mendedahkan idea paling kasar dan asas tentang perancangan wang yang perlu diketahui oleh orang dewasa terutamanya, iaitu meeka yang menguruskan hidup dan wang sendiri. selain golongan dewasa, teramatlah disarankan mereka yang masih diusia BELIA, seperti awal 20an danhujung belasan, supaya mendapatkan buku ini dan menimba ilmu darinya(umur lebih kurang macam aku lah ni). ini kerana, jika golongan ini buat acuh tak acuh dan cuma mengambil berat tentang ilmu ini disaat2 genting, maka waktu itu mereka pastinya akan menjadi kelam kabut. so aku cadangkan bersedialah seawal yang mungkin!

Daya tarikan tersendiri

perkara yang aku palins suka tentang buku ini ialah penulisnya, pakdi bukan saja memberi nasihat dan tips ikut logik akal, malah point2 yang diketengahkan adalah huraian dan lanjutan daripada potongan ayat al-Quran dan hadis. antara ayat yang menjadi reference beliau ialah dari surah al-Ankabut, al-Jumaah dan juga al-Baqarah, manakala kisah2 nabi Yusuf dan nabi Nuh banyak dijadikan teladan..

Akhir kata

akhir kata dari aku, luangkanlah masa dan sedikit wang poket anda sekalian untuk menimba ilmu yang bermanfaat dan berguna ini. perlu diketahui ilmu ni sangat basic, jadi untuk mereka yang dah banyak pengalaman mungkin tak berapa perlu kot. cuma orang2 jenios macam aku ni je a.k.a mahasiswa yang perlu, sebab benda ni tak diajar di sekolah.

harap maklum

Buat Duit Dengan Rumah

18 comments

Ada dua sahabat iaitu Hasnol dan Jamal yang masing-masing mempunyai RM100,ooo. Hasnol menggunakan duit itu bagi membeli rumah dengan harga RM100,000 secara tunai. Manakala sahabatnya Jamal membeli 10 buah rumah yang sama dengan harga RM100,000 sebuah. Beliau membayar RM10,000 iaitu 10 peratus daripada harga rumah bagi bayaran pendahuluan bagi stiap rumah. Jamal mengambil pinjaman RM90,000 bagi setiap rumah. Beliau mengambil pinjaman selama 20 tahun. Masing-masing menyewakan rumah mereka. 20 tahun kemudian harga rumah mereka meningkat kepada R450,000. Hasnol gembira dengan berita ini. Selepas dicampurkan dengan harta lain yang beliau miliki, kini beliau mempunyai harta yang bernilai setengah juta.

Pada suatu hari, beliau ertemu dengan kawannya Jamal dan memberitahu hartanya sudah bernilai setengah juta. Walaupun belum mencecah RM1,000,000, tetapi perkataan juta sudah digunakan bagi menceritakan berkenaan hartanya. Jamal hanya mengangguk sahaja. Dalam hati beliau berkata, “Kasihan , kalau Hasnol ikut aku beli rimah dengan meminjam dengan bank, nilai rumah-rumahnya sudah menjadi kurang setengah juta daripada 5 juta”. Jamal bersyukur kepada Tuhan kerana pada masa ini, semua pinjaman sudah dibayar sepenuhnya dan beliau buka sahaja memilii harta bernilai 45 juta pada hari ini, tetapi bilangan rumahnya adalah 10, tidak termasuk 10 buah buah rumah yang dibeli setiap dua tahun menggunakan kutipan duit sewa dan khidmat sokongan padu daripada bank-banknya. Jamal melabur dalam 10 buah hartanah bernilai RM1,000,000 pada 20 tahun yang lepas dan mengambil pinjaman sebanyak RM 90,000 x 1 =RM 900,000.

Selang seminggu selepas pertemuan itu, Hasnol terkejut apabila menerima hadiah daripada sahabatnya iaitu dua buah buku bertajuk Buat Duit Dengan Rumah dan Tuan Rumah Yang Kaya Raya. Pada muka surat pertama setiap buku, Jamal menulis:

Temanku Hasnol’
“Lebih baik bermula lewat daripada tidak berbuat apa-apa.”
Daripada:
Sahabatmu, Jamal.

begitulah sedikit bingkisan daripada sebuah buku yang aku sedang sibuk baca sekarang iaitu Buat Duit Dengan Rumah.

sinopsis tentang buku ini terdapat kat link ni..korang bolehlah klik kat sini kalau nak tengok sedikit info tentang buku ni seperti kulit buku, harga, sinopsis dan indeksnya. penulisnya adalah shamsuddin abdul kadir, juga mempunyai website sendiri iaitu http://www.shamsuddinkadir.com/.

Biodata Shamsuddin Abdul Kadir

Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Berpangalaman dalam bidang perakaunan, pengurusan kewangan dan hartanah selama 10 tahun. Buku kewangan peribadi beliau yang lain adalah Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Maka Gaji Tetapi Kaya dan Kaya Dengan Rumah. Beliau adalah jurulatih dan pengasas Ultra Mind Resource yang menawarkan kursus pembanunan diri, motivasi kewangan dan banyak lagi. (mengikut yang tertera di bahagian belakang buku tersebut)

Komen Aku

sebuah buku yang sangat bagus, serta mempunyai penerangan yag sangat terang dan jelas dalam menerangkan soal pelaburan hartanah(property). penerangan buku ini sangat sesuai untuk mereka yang masih muda dan kurang berpengalaman dalam bidang hartanah, mereka yang berminat mempelajari bidang hartanah serta yang sering tertanya-tanya bagaimana menjana pendapatan pasif(passive income). sebagai permulaan dan pendedahan, buku ini sangat sesuai dibaca terutamanya sewaktu usia masih muda dan sebaiknya sebelum melangkah ke alam pekerjaan bagi mempersiapkan diri mene,uhi hakikat-hakikat sebenar kehidupan.

bag perspektif akademik pula, silibus akademik baik kementrian pelajaran mahupun kementrian pengajian tinggi, aku tak pasti sama ada idea ni relevan ataupun tidak tetapi aku sangat mengesyorkan agar silibus sebegini atau yang berkaitan dengannya diselitkan dalam jadual akademik para pelajar. pelajaran seperti bahasa melayu dan bahasa inggeris di sekolah yang sememangnya menitikberatkan isu semasa patut ditambah dengan pendedahan yang berkaitan dengan ekonomi dan bisnes. berbanding pengetahuan akademik, para pelajar perlu disiapkan dengan pengetahuan am berkaitan dua elemen penting ini, bukan sahaja soal isu semasa seperti pembuangan bayi dan larangan membawa telefon bimbit ke sekolah. manakala pada peringkat pengajian tinggi, soal ekonomi khususnya perlu diberi pendedahan agar pelajar lebih memahami apa yang bakal dihadapi kelak.

seperti kursus yang aku ambil di u aku (uiam), ada jugak subjek ekonomi yang wajib diambil semua student. walaupun aku belum lagi ambil subjek tersebut, tetapi aku sudah mulai menaruh minat untuk mempelajari dengan lebih mendalam berkaitan bidang ekonomi dan bisnes. memanglah minat terhadap bisnes bermula dengan menyertai MLM sebab berminat nak jadi kaya, tetapi setelah diperkeenalkan dengan emas oleh budeen dan selepas menyertai seminar usahawan anjuran PKNS yang disampaikan oleh encik aslam selaku orang kuat pkns, aku mula tertarik dengan lebih mendalam dengan dua perkara ni.hehe

okay lah cukup sampai disini saja aku mengarut..macam mana pulak pendapat korang berkenaan dengan ilmu tantang ekonomi dan bisnes ni?? ade ape2 cadangan untuk aku yang baru setahun jagung ni??

Cinta Sufi

31 comments
PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan.
Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
begitulah sedikit sinopsis yang terdapat dibelakang ensiklopedia novel yang baru saje aku habis baca.

best ke?

seronok woo! terpulang laa korang nak reject aku atau ape sekalipun, aku tak kisah..sebab aku tau baca novel memang best. dulu waktu aku sekolah, ade satu group kawan aku ni suka membaca novel. yelah waktu semua orang sibuk study dan siapkan assignment home work yang cikgu kasi, dia dok syoklayan novel. dulu, aku berpihak pada arus perdana majoriti. kami reject sekumpulan kecil tersebut beramai-ramai. aku same dengan geng2 aku yang lain, macam satu conspiracy la pulak kan. nasib baik laa aku takde buat jenayah kerja jahat kat kawan aku tu seperti menyembunyikan novelnya, membulinya atau letakkan novel tersebut dalam beg budak perempuan..hahaha aku agak skema baik waktu sekolah dulu.

ternyata sikap tersebut bersambung sampai lah ke kehidupan matrikulasi. roomate aku, katil sebelah aku dan katil bawah aku(dulu duduk double dacker) pun pelayan novel jugak..tapi diorang layan novel english la, bukan melayu. agak terpegun seketika. “WOW! mereka baca novel berbahasa inggeris lah..aku patut contohi mereka kalau nak power english”, bisik ku dalam hati sendirian.

tak lama lepas tu, aku pula yang mengikut jejak langkah mereka, dengan meminjam salah satu novel koleksi mamber katil sebelah aku tu..novel pendragon,tapi aku pinjam yang bernombor3 daripada 8jilid buku.wah hebat kawan aku tu dapat menghabiskan 8 buah novel berbahasa inggeris yang agal tebal. sedangkan novel yang dipelajari di sekolah pun aku tak pernah habis baca. jangankan novel, poem and short stories pun aku tak pernah berminat. tapi walaubagaimanapun, aku berjaya jugak menghabiskan novel pendragon nombor3 tu dalam tempoh masa 1 semester..tempoh yang agak panjang..

novel kedua aku pula ialah ayat-aya cinta karangan Habiburrahman El Shirazy..hehe macam namanya lah, contain nye pun memang berkisarkan berkenaan cinta..aku pun dah lupa cerita dia macam mana..yang pasti, aku tak habis pun menonton movienya kerana sangat tidak best bila dibandingkan dengan novelnya..yang best cuma lagunya.. rossa-ayat-ayat cinta..hehe

cukuplah pasal sejarah aku dengan novel. kini, bukanlah nak cakap aku ni peminat tegar novel, cuma aku sudah mula sedikit terpengaruh dengan novel karya ramlee awang murshid(RAM)..hehe kisah bermula apabila aku terpengaruh dengan seorang rakan yang asyik membaca novel tulisan RAM ni..aku pun dengan pantas menyambar novel tersebut(cinta sang ratu)..kemudian aku layan pulak novel hijab sang pencinta..kalau ikut urutan, cinta sang ratu novel nombor 2, manakala hijab sang pencinta nombor3..dan yang terbaru ialah cinta sufi,nombor4..hehe best2!

dan aktiviti membaca novel ni jugak lah antara penyebab aku menjadi sedikit malas untuk berbloging baru-baru ni..manakala aku banyak menghabiskan masa selama lebih kurang 2minggu ni cuma diatas katil, mengkhatamkan novel setebal 509 muka surat..haha agak tebal kan?