PILU hati saat dikhabarkan suaminya gugur di medan perang, Catalina rebah tidak sedarkan diri. Sebaik terjaga, dia membicarakan hajatnya ke Hulu Melaka. Ingin mencari ‘lelaki bertanduk dua’.
Tanpa diduga, takdir menentukan Laksamana Sunan lelaki yang dicari Catalina. Malangnya, Laksamana Sunan bukan lagi wirawan.
Kudratnya lenyap dan ditawan penjajah yang menakluk Melaka. Hampir dibunuh musuh, dia diselamatkan oleh cinta yang dipendam Luna.
Laksamana Sunan, Catalina dan Luna… bukan sekadar terperangkap dalam perjalanan yang berliku, malah terkurung dalam cinta segi tiga yang terlafaz dan tersembunyi.
CINTA SUFI Sebuah kesinambungan trilogi Bagaikan Puteri, dipenuhi aksi pengembaraan dan pertembungan antara kebaikan dan kebatilan, yang nyata dan mistik. Disemarakkan lagi dengan rasa cinta dan pengorbanan.
begitulah sedikit sinopsis yang terdapat dibelakang ensiklopedia novel yang baru saje aku habis baca.

best ke?

seronok woo! terpulang laa korang nak reject aku atau ape sekalipun, aku tak kisah..sebab aku tau baca novel memang best. dulu waktu aku sekolah, ade satu group kawan aku ni suka membaca novel. yelah waktu semua orang sibuk study dan siapkan assignment home work yang cikgu kasi, dia dok syoklayan novel. dulu, aku berpihak pada arus perdana majoriti. kami reject sekumpulan kecil tersebut beramai-ramai. aku same dengan geng2 aku yang lain, macam satu conspiracy la pulak kan. nasib baik laa aku takde buat jenayah kerja jahat kat kawan aku tu seperti menyembunyikan novelnya, membulinya atau letakkan novel tersebut dalam beg budak perempuan..hahaha aku agak skema baik waktu sekolah dulu.

ternyata sikap tersebut bersambung sampai lah ke kehidupan matrikulasi. roomate aku, katil sebelah aku dan katil bawah aku(dulu duduk double dacker) pun pelayan novel jugak..tapi diorang layan novel english la, bukan melayu. agak terpegun seketika. “WOW! mereka baca novel berbahasa inggeris lah..aku patut contohi mereka kalau nak power english”, bisik ku dalam hati sendirian.

tak lama lepas tu, aku pula yang mengikut jejak langkah mereka, dengan meminjam salah satu novel koleksi mamber katil sebelah aku tu..novel pendragon,tapi aku pinjam yang bernombor3 daripada 8jilid buku.wah hebat kawan aku tu dapat menghabiskan 8 buah novel berbahasa inggeris yang agal tebal. sedangkan novel yang dipelajari di sekolah pun aku tak pernah habis baca. jangankan novel, poem and short stories pun aku tak pernah berminat. tapi walaubagaimanapun, aku berjaya jugak menghabiskan novel pendragon nombor3 tu dalam tempoh masa 1 semester..tempoh yang agak panjang..

novel kedua aku pula ialah ayat-aya cinta karangan Habiburrahman El Shirazy..hehe macam namanya lah, contain nye pun memang berkisarkan berkenaan cinta..aku pun dah lupa cerita dia macam mana..yang pasti, aku tak habis pun menonton movienya kerana sangat tidak best bila dibandingkan dengan novelnya..yang best cuma lagunya.. rossa-ayat-ayat cinta..hehe

cukuplah pasal sejarah aku dengan novel. kini, bukanlah nak cakap aku ni peminat tegar novel, cuma aku sudah mula sedikit terpengaruh dengan novel karya ramlee awang murshid(RAM)..hehe kisah bermula apabila aku terpengaruh dengan seorang rakan yang asyik membaca novel tulisan RAM ni..aku pun dengan pantas menyambar novel tersebut(cinta sang ratu)..kemudian aku layan pulak novel hijab sang pencinta..kalau ikut urutan, cinta sang ratu novel nombor 2, manakala hijab sang pencinta nombor3..dan yang terbaru ialah cinta sufi,nombor4..hehe best2!

dan aktiviti membaca novel ni jugak lah antara penyebab aku menjadi sedikit malas untuk berbloging baru-baru ni..manakala aku banyak menghabiskan masa selama lebih kurang 2minggu ni cuma diatas katil, mengkhatamkan novel setebal 509 muka surat..haha agak tebal kan?