salam you all..
hai semua apa khabar? aku harap semua disana sihat-sihat saja ye. untuk mengelakkan aku mmbuat entri yang terlalu berkaitan dengan personal life ni, adalah lebih baik rasanya aku membuat artikel yang agak ilmiah bekaitan dengan bidang pelajaran aku kan? selain untuk memantapkan lagi blog niche aku yang satu tu, sekaligus mengasah bakat penulisan aku, aku boleh lah jugak share something yang agak informatif pada para pembaca kan??
hehe..

baiklah untuk segmen kali ini, aku ingin sekali menamakannya sebagai segmen “Mari Belajar Biologi” dan entri kali ini akan dijadikan sebagai introduction kepada subjek biologi yang akan aku ajarkan ye..
bermula dengan definisi, perkataan “bilogi” itu sendiri berasal dari bahasa greek, gabungan dua perkataan iaitu “bios” dan “logos” yang mana masing-masing membawa maksud “kehidupan” dan “kata”. maka, bidang biologi secara umunya mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling.
secara amnya, biologi bukanlah semata-mata silibus yang harus dipelajari di sekolah menengah, malah pengetahuan tentang bidang ini amat perlu dalam menjalani kehidup seharian, terutama sewaktu berbicara soal kesihatan.
baiklah setakat ini saje kot introduction yang akan disampaikan. kita jumpa lagi lain kali dengan tajuk yang lain pula ye..
salam
Comments
Leave a comment Trackback