salam you all..
ape khabar semua?? setelah 4 hari tak ade mood untuk berbloging ni, tiba2 aku terasa rindu pulak untuk berblogging ni..hehe kadang2 rase macam main facebook pun ade berblogging ni..ye laa..kita post entri, orang komen-komen kat kita..kalau kat facebook pulak..kita post status dan sebagainya, orang komen-komen jugak..tapi walaupun seakan-akan sama, tapi berblogging ni aku yakin tetap ade kelainan nya yang tersendiri. kalau tidak, aku pasti ramai dah yang tinggalkan dunia blogging ni.
pasti masih ramai rakan-rakan blogger di luar sana yang percaya bahawa dengan berblogging ni, mereka boleh mendapatkan untung yang lumayan. bahkan, saya tetap yakin masih juga terdapat ramai rakan-rakan lain di luar sana yang juga masih blur dan kurang pasti bagaimanakah caranya nak berblogging supaya boleh dapat untung. kalau memang mengharapkan pengunjung klik kita punya nuffnang atau adsense, memang jenuh laa..aku sendiri pun masih terkapai-kapai dan tidak jelas ke mana arah tujuan aku..aduh!
so, dalam proses menunggu untuk menjadi power atau pro blogger, aku pantas mengorak langkah menuju ke arah yang sedikit menyimpang daripada dunia blogging ni. tujuan nya sama, untuk memperoleh keuntungan, cuma kali ini caranya adalah melalui pelaburan. jadi apakah yang aku laburkan untuk memperoleh keuntungan?? haa macam tu lah tahuk entri aku pada kali ini..
pelaburan
Kuwait Finance House (KFH) merupakansebuah bank.(agaknya lah kot). ahh tak kesah lah ape pun KFH tu, yang penting KFH ada terdapat kemudahan untuk kita melabur dalam akaun emas.. pelan pelaburan ni diberi nama KFH Gold Account-i, yang mana ia merupakan saingan baru terhadap pelan pelaburan akaun emas GSPA dan GIA masing-masing dibawah naungan maybank dan public bank..aku sendiri memang baru dengar nama KFH ni..hehe baru setahun jagung..
untuk tengok website KFH tu, bolehlah klik sini ye..
sumber ilmu?? hehe macam biasalah..daripada blog mahaguru emas kita, encik shukor hashim..bolehlah klik kat sini untuk tengok details tentang KFH Gold Account-i tu.. hehe walaupun encik shukor ni orang public gold, tapi dia sangat bagus sebab banyak share dengan semua pembaca blog dia berkenaan ilmu tentang emas..memang berguna..sesekali anda semua patut lawati laman web beliau..
baiklah berhenti untuk membebel dengan panjang lebar,sekarang aku nak share gambar emas yang baru sahaja aku laburkan ni.. jom usha..

haha sory lah ye..kamera aku ni harap je 12 mp tapi gambarnye tak lawa pun sebab masa beli dulu aku main beli je tanpa survey terlebih dahulu..
ok macam ni cerita dia serba ringkas tentang pelaburan emas degan KFH ni.. syarat dia kita kena simpan emas minima 10 gram untuk buka akaun. selepas bukaakaun, baki minimum yang kita boleh tinggalkan dalam tu cuma 2 gram. so, aku decide untuk keluarkan 5 gram sahaja, dan aku amek on the spot jugak.ni haa gambar zoom sikit untuk emas 5 gram ni..ketulenannya ialah 995.0(99.5% gold). sama ada anda semua nak cakap aku beli emas atau simpan emas, dua-dua statement pun aku rasa betul..hehe

ape macam emas baru aku ni?? kalau korang nak tahu, emas tu nipis gile, takut pulak aku kalau terbengkok atau patah ke..sebab kalau emas tu rosak atau ade cacat sikit pun, pihak bank dah tak nak terima balik kalau kita nak buat cash withdrawl.. fuhh! mesti kena jaga dengan berhati-hati ni..
korang ade kisah dan pengalaman melabur untuk share??
Comments
Leave a comment Trackback