salam you all!

fuuh!dah lama jugak aku tak mengupdate blog rozaidi.net ni.. sebelum aku menulis entri ni, sempat jugak aku menjengah ruangan shoutb, tengok-tengok ade ape perkembangan dalam tu..sambil-sambil tu, aku sempat menjeling ke arah tarikh entri aku yang terakhir yang bertajuk teenagers spending.

oh rupanya sudah sembilan(9) hari jugak aku x mengupdate dan mengpost sebarang entri kat blog ni..rindu jugak rasanya dengan blog ku ini, juga kepada blog-blog rakan-rakan blogger yang lain..

kat dalam ruangan shout box tu, boleh tahan jugak peminat-peminat aku ni..(hehe perasan sekejap)..rupa-rupanya kehadiran aku ni dirindui jugak oleh segelintir geng-geng blogger lain.(tak payah sebut lah nama diorang takut diorang segan pulak nanti)

sebab

baiklah straihgt to the point, terdapat beberapa sebab yang melembabkan aktiviti blogging aku dalam blog rozaidi.net ni..aku pun semakin hari semakin kusut menghadapi hari-hari yang menyukarkan..antara sebabnya adalah :

  • aku gagal membahagikan masa utk mengupdate personal blog(rozaidi.net) dan juga niche-niche blog(project blog) yang lain
  • aku sibuk mempelajari tentang teknik dropshipping utk menjadi penjual kat ebay
  • rumahku sedang dalam proses renovetion, so keadaan sangat berserabut
  • aku terlalu banyak sangat hang out dengan kawan-kawan dan si dia sampai malas nak ngadap pc
  • pening pakai window seven, menyebabkan aku tiada mood(aku nak format netbook ni nanti jadikan windows xp je)

  • kabel telefon kat hujung jalan rumah aku kena curi,so streamyx dan telefon rumah tak boleh jalan selama beberapa hari
  • world cup

next plan

sekarang sudah 28 jun,dan aku cuma punya baki cuti beberapa hari sahaja lagi untuk dihabiskan.so, aku sentiasa hidup dalam confuse sama ada nak fokus kat niche blogging atau ebaying..kalau dah naik semester, sudah pasti semuanya akan menjadi lebih berserabut. tapi tak apa lah, kita tengok saja ape yang akan terjadi nanti.. ape-ape pun, aku sangat memerlukan disiplin supaya semua yang telah ditargetkan akan berjalan dengan lancar, insyaAllah. harapnya semua geng-geng blogger pun semuanya sihat-sihat dan berbahagia selalu..

p/s1 : aku tak nak membebel lama-lama.match netherlands nak start ni..walaupun aku tak sokong holand, tapi aku mesti tengok jugak, sebab ni world cup..

p/s2 : kat dalam “p/s” pun aku sempat bebel panjang-panjang lagi..huhu