bila last korang tengok movie? korang tengok dvd atau wayang? atau korang download dan tengok kat dalam pc je?

haa untuk pendapat aku laa kan..untuk tahun 2010 ni, aku pilih movie ip man 2 sebagai movie of the year aku..huh! kalau nak ikutkan, tahun ni tak banyak sangat pun movie yang aku tonton. sama ada kat wayang, astro , dvd mahupun yang di download. avatar aku tengok wayang,best. up aku tengok kt pc,best. princes and the frog aku tengok dvd, best. kat astro pun banyak yang aku tengok, ade yang mengarut ade yang best..

tapi semua x bleh lawan cite ip man 2 ni. haa kenapa? korang kena tengok sendiri laa cite ni. kat wayang ada lagi rasanya. padat dengan aksi, kelakar pun ade(sikit je laa) dan jalan cerita yang menarik serta mempunyai elemen kekeluargaan. eh memang best lah. tak tipu punya. sesekali rasa macam teringin pulak nak belajar kungfu ni, walaupun silat aku tak pernah belajar.

sinopsis yang aku buat sendiri

citer ip man 2 ni adalah sambungan daripada citer ip man yang dikeluarkan pada tahun 2008 dulu(aku tengok kat pc, kawan aku yang suruh tengok). kisah cerita ni, latar tempatnya di hong kong. latar tempat nya pulak ialah sewaktu zaman penjajahan british. citer ip man 2 kali ni kurang memasukkan elemen-elemen penjajahan seperti dalam cerita yang pertama, tapi lebih memfokuskan kepada martial art. mungkin untuk mengelakkan para penonton menanamkan rasa benci kepada barat(penjajah), klimaks dalam cerita ini memaparkan pertarungan antara kungfu cina dan tinju. sekali nampak, kita boleh jump into conclusion dengan mengatakan perlawanan tersebut adalah teknik VS strength. sebagai penonton, sudah pastilah kita akan menyokong watak protagonis, iaitu watak ip man. lawannya adalah jaguh tinju dari british, twister kot kalau tak silap(hehe lupa la pulak nama watak dia). selain daripada kejayaan watak protagonis, watak antagonisnya juga sangat berjaya. setiap penoton yang menonton pasti akan merasa benci dan sakit hati melihat watak si twister tu. akhirnya, kita sebagai penonton akan berpuas hati dengan kekalahan watak jahat itu. emang sengit perlawanan tu, antara jaguh tinju dunia berlawan dengan sifu terhebat di hong kong..

kesimpulan

untuk menyimpulkan segala kandungan post ni, bolehlah aku katakan yang cerita ip man 2 ni adalah must watch movie,sama ada korang tengok wayang, dvd cetak rompak atau download sendiri. yang penting korang mesti tengok ah..

something aku tertinggal nak kasi tau..ip man ialah bruce lee punya sifu..haha best2!

korang boleh lah klik sini kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan dengan sifu ip man ni..

sedikit gambar berkaitan ip man 2

ip man vs twister

sifu ip vs sifu hung

donnie yen dan lyn hung (ip man dan isteri)

watak bruce lee yang muncul di akhir cerita

ip man vs jeneral jepun (ip man 2008)

ip man vs brice lee (tengah training kot)

*p/s: semua gambar aku rembat kat google. terima kasih