salam..

ape macam tajuk entry kali ni? ade gempak tak? jgn buat conclusion dulu sebelum habis baca entry ni ye..

hari ni aku kurang masa, tak macam hari-hari yg sebelumnya. hari ni aku bangun tidur agak lewat akibat keletihan tidur lewat semalam(pukul 2 pagi lewat ke?)..hari yang ditunggu-tunggu aku dari sejak minggu lepas, selasa 18 hb mei 2010..mesti korang ingt ade besday sape2 kan?

silap laa korang. hari ni sebenarnya aku ade attend seminar..seminar free..anjuran public gold..yang menyampaikan seminar,encik syukor hashim..mungkin ramai yang masih tak pernah dengar lagi tentang public gold ni..mungkin ramai jugak yang dah notice..bagus la untuk yang dah notice..kebetulan seminar ni diadakan di jb waktu aku cuti, so aku decide untuk mengajak si dia(hehe) untuk bersama-sama melangkah ke sebuah dunia yang agak baru bagi kami dia(aku dah melangkah lama dah).

seminar yang sama juga pernah diadakan di jb sebelum ni, tapi waktu tu aku just ajak family aku sahaja. waktu tu tak berpeluang nak ajak si dia. hehe love family come first. oleh sebab aku memang dah tahu serba sedikit pasal latar belakang seminar ni, so aku tak de lah suprise sangat dengan content yang aku dapat dalam dewan seminar tu tadi. cuma, aku agak senang hati dan gembira bila si dia nampak teruja dengan ilmu-ilmu baru serta pendedahan yang dibentangkan oleh encik syukor tadi.hoho

berikut adalah serba sedikit details berkaitan dengan seminar tu tadi:

tarikh : 18 mei 2010

vanue : hotel sri malaysia

town : jb

time : 8.30 – 10.30 p.m

tajuk : peluang perniagaan emas

info lanjut : klik sini

hehe, so setakat ni sepatutnya korang dah boleh dapat hint apa yang aku maksudkan dengan otak kuning kan.

antara ilmu yang kami si dia baru dapat ialah..hehe semua yang berkaitan dengan emas lah secara general dan peluang perniagaan emas dengan public gold, berpadanlah dengan tajuk seminar tu sendiri..walaupun ilmu-ilmu ni kebanyakkannya aku dah tau, tapi sekkadar untuk nak refresh ilmu-ilmu lama yang dah semakin luput sambil meneeman memaksa dia untuk attend seminar tu.

memang seronok kalau cerita atau dengar cerita pasal duit. sangat teruja. apatah lagi kalau emas. “emas adalah penyimpan kekayaan” bak kata encik syukor tadi yang masih terngiang-ngiang ditelinga ni. sebab tu lah otak ni dah kekuning-kuningan, sentiasa memikirkan emas sahaja. aduh harga emas sekarang dah naik! last time aku jeling kedai emas harga emas 916 ialah RM138 segram. 10 tahun lepas harga emas 916 lebih kurang RM 50 segram.. bayangkanlah macam mana harganya 10 tahun akan datang..nanti, 5 tahun cukup lah..aduh macam mana lah agaknya aku nak kawin ye..kusut kepala ni..lagi lambat kawinlagi naik harga emas ni. baik aku ajak si dia kawain sekarang je..ok tak agak2? hehe(gatal)

untuk produk-produk public gold pulak, aku baru diperkenalkan dengan silver 500 gram dan public jewelery. kalau dulunya cuma ada emas jongkong, koin dan silver 1 kg, sekarang dah ade pulak yang 500 gram dan barang kemas. huhu produk terbaru yang harus diperolehi segera tu.

1 dinar

hehe acah je.. tu ntah coin ape ntah aku curi dari google image, nampak macam lawa je kan ade gambar homer simpson kat situ..

ni dia baru gambar 1 dinar yang aku snap sendiri..antara produk public gold yang aku mampu grab(engineer student macam aku ni mana lah ada duit nak beli emas berat2 )

hehe tiba2 terasa rindu pada si dia..padahal baru je balik dari seminar..

p/s : aku tido lambat lagi hari ni..esok mesti bangun lewat..hehe