rozaidi.net

tempat aku mengomel

stabaz siri 2

18 comments

salam you all..

hai hari ini aku ingin sekali nak menyambung dan menamatkan entri berkaitan dengan program stabaz yang dimulakan dengan entri stabaz siri 1. walaupun ianya sudah seminggu lebih berakhir, baru kini aku berkesempatan untuk mengupdate entri berkaitan dengannya.

untuk mengetahui latar belakang program stabaz yang aku join ni, bolehlah klik link ni(klik sini).

baiklah sedikit laporan dan fakta darippada aku tentang program ini adalah seperti berikut:

  • gerai kami terletak berdekatan dengan stage
  • sabtu malam ahad de pertandingan nasyid
  • ahad malam isnin ade persembahan ramli sarip dan aizat
  • walaupun dekat, gerai kami kurang disinggahi
  • kami menyediakan dilivery terus ke asrama
  • hehe kami rugi pun tak banyak sangat
  • nasib baik aku rekrut sebelas orang untuk aktiviti ni
  • nasi goreng sotong kami memang best!

kat bwh ni adalah attachment buku lejar kami untuk kelima2 hari..hehe sekali rugi daa~

hehe kalau korang semua nak tahu, modal awal kami ialah RM100 x 11 = RM1100. manakala untung akhir pulak ialah RM 906.9. maka bila ditolak, kerugian kedai kami ialah RM193.10.. dan bila dibahagi dengan 11 orang, maka kerugian yang setiap dari kami tanggung ialah RM17.55. aduh agak banyak jugak lah kan??

takpe lah kot..walaupun rugi, tapi atleast kami ade pengalaman yang sangat brharga selain dapat merapatkan lagi ukhuwwah sesama rakan2 seperjuangan..hehe

so kawan2 lain macam mana ye?? ade pengalaman berniaga stall atau bazar??

anda bijak jauhi zina-ABJZ

12 comments

salam you all..

hai ape kahbar semua? harap sihat2 belaka lah ye. baiklah untuk entri kali ni aku ingin nak kongsikan pengalaman menarik aku lalui pagi ahad tadi. sebuah talk/seminar/bengkel bertajuk anda bijak jauhi zina(ABJZ) anjuran kelab karisma daerah gombak diadakan di kampus aku tadi..hehe ni dia aku attached kan sms promotion untuk program ini :

SEKS BEBAS, ‘COUPLING’, ROGOL, ZINA, BUANG ANAK, semuany tlh mnjd tjk popular akhbar. Masyarakat KITA sdg mnuju ke arh zaman JAHILIYYAH. Sanggupkh kita hnya mnjd pnontn situasi ini??? Jom kta rmai2 mnyrtai “Anda Bijak Jauhi Zina: Dilema Mahasiswa’ pd 10 Oktober, *.30am-2pm d auditorium 2, E2, kuliyyah Engineerg, UIAM. Hntr nama pnuh & no IC anda kpd xxxxx @ xxxxx. Bayaran pndaftaran-RM7.Anjuran Karisma dgn krjasama Raudhatus Sakinah :D

hoho agak panjang jugak sms yang aku terima ni.topik yang agak panas dan sangat menarik untuk dibicarakan. memang berbaloi aku rasa untuk datang ke program yang penuh dengan pengisian kerohanian ni. sebelum aku berleter panjang berkenaan dengan pengisian program ni, bolehlah para pembaca semua berkenalan terlebih dahulu dengan Raudhatus Sakinah ni dengan mengklik link ni(klik sini) untuk terus sampai website rasmi mereka..

juga anda boleh lah klik link ni(klik sini) untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan penganjur program ini iaitu karisma daerah gombak(KDG).

sedikit pengenalan tentang program ini(dicopy dari pamplet program)

Masalah ketandusan akhlak terutama dikalangan mahasiswa kian runcing. Semakin ramai bayi dan janin dibuang, kes zina pula sudah tidak terkira. Setiap hari jumlah anak luarnikah semakin bertambah. Isu ini bukanlah terjadi kepada golongan yang tidak terpelajar tetapi kebanyakannya terjadi dikalangan pelajar universiti yang bergelar mahasiswa. Golongan inni disangkakan dapatmembawa imej yang baik dan moral yang mantap tetapi lain pula jadinya.

Sudah banyak rumah-rumah kebajikan bagi menjaga wanita-wanita yang sudah terlanjur ini untuk mendidik mereka pulang ke pangkal jalan. Salah satunya adalah Raudhatul Sakinah. Namun, jumlah rumah-rumah ini semakin hari semakin bertambah. Ini bukanlah petanda baik malah sebaliknya. Bertambahnya jumlah rumah-rumah ini bermakna bertambahnya kes-kes zina yang terlanjur. Rimah-rumah untuk anak-anak yang terkena jangkitan HIV juga semakin bertambah.

Olehitu, kami mengambil inisiatif ini untuk menganjurkan program ini dalam usaha memberi kesedaran para mahasiswa tentang peranan mereka berkenaan isu ini. Semoga segala usaha keras kami disini bakal membuahkan hasil. Kami berdoa agar kami terus sabar dan teguh dijalan ini dalam menanti saat kemenangan islam yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. insyaAllah.

Objektif program(juga dicopy dari pamplet)

  • Untuk membincangkan isu mahasiswa iaitu isu zina yang semakin merungsingkan
  • Memberi petunjuk dan kesedaran tentang isu yang dibincangkan
  • Untuk mengajak pelajar UIAM untuk mengikut program-program KARISMA dan seterusnya mengajak mereka untuk menjadi ahli
  • Melatih ahli-ahli KARISMA dalam menganjur program-program secara profesional dan sistematik
  • Mengingatkan pelajar tentang peranan mereka kepada masyarakat berkenaan isu ini

komen, suggestion dan recommendation dari aku

  1. program rohaniah yang sangat bagus
  2. kalau ade sape2 yang plan untuk conduct program seumpama ini di sekolah2, IPT2, taman perumahan atau pejabat masing, boleh la kot try contact Raudhatul Sakinah ni
  3. pengisian yang mantap
  4. daripada habis program sampai sekarang aku masih lagi terkesan(aku jadi agak insaf  dengan dosa2 silam)
  5. program 4 jam(ada 2 slot) dengan penyusunan dan flow yang ssangat baik
  6. program disampaikan oleh 4 orang speaker yang hebat bekerja sebagai 1 team
  7. setiap speaker membawa watak yang berbeza2 untuk menyesuaikan diri dengan audiens
  8. dan macam2 lagi.. cuba dulu baru tau!

aku rasa cukuplah sampai disini saje aku mengomel ye. kawan2 ade sebarang komen atau pendapat? lontarkan lah di ruangan dibawah ni ye..

hehe

account limitation

7 comments

salam you all..

hai apa kahbar semua.. lama betul aku tak mengupdate entri kat blog ni. maklumlah kebelakangan ni sangat busy dengan aktiviti kampus dan juga study.. report untuk program stabaz(pesta konvo pun aku belum rangka lagi).

baiklah entri kali ni aku just nak share kat semua pembaca tentang masalah yang agak memeningkan kepala aku ni. iye! akaun ebay aku kena limit buat kali ke 2 berturut-turut dalam sejarah. aduh sangat memeningkan kepala lah macam ni.

akaun kena limit bermaksud aku tidak boleh lah menambah listing produk-produk jualan aku. sekaligus ia akan menggugat kerja-kerja mencari makan aku di internet ini. dalam erti kata lain, aku tiada income lah dari ebay. huhu masalah besar kalau macam ni. duit tu lah yang aku harapkajn untuk membayar yuran kolej aku semester ni..

berikut adalah copy paste live chat antara aku dengan pegawai ebay yang sedang bertugas. hehe jom kita usha..

Thank you for contacting eBay live chat. We are currently experiencing extremely high wait times exceeding 1 + hours. We encourage you to visit our help pages directly to find the answers to your questions (http://pages.ebay.com/help/index.html)

10:58:29 PM System

Joanna B. has joined this session!

10:58:29 PM System

Connected with Joanna B.

10:58:34 PM Joanna B.

Hello, thanks for waiting and welcome to eBay Stores/PowerSellers Live Help! My name is Joanna B. Really sorry for the long wait time, we are making improvements at this time to make things better for you, but I’m now here to assist you with your concern. May I start by asking your first name please so I can address you properly?

10:58:57 PM adibotak

rozaidi

10:59:09 PM Joanna B.

Thanks, Rozaidi. How may I help you today?

10:59:18 PM adibotak

yes..

10:59:35 PM adibotak

my account was being limited abot one month ago..

11:00:10 PM adibotak

recently it was been cleared, so i can list my items

11:00:31 PM adibotak

but since 2 days ago, it was being limited again..

11:00:44 PM adibotak

can u help me with this problem, please??

11:00:54 PM Joanna B.

We don’t have all information about selling limits in Live Help, but I’ll be happy to take some time to see what I can find out.

11:01:24 PM adibotak

ok take your time.

11:01:25 PM Joanna B.

First, please tell me if you get any error message, if yes, what was the message and what kind of item were you trying to list?

11:02:06 PM adibotak

no error message.

11:02:24 PM adibotak

i dont know why my account was limited

11:03:39 PM Joanna B.

I see, thanks for that information. Please give me 2-4 minutes now to review your account for more details on this and on how this can be resolved.

11:03:44 PM Joanna B.

While I review this, do you have any questions or concerns that you want me to look into aside from this?

11:04:18 PM adibotak

i think that is the only problem i have currently

11:06:39 PM Joanna B.

Your patience is appreciated. I will be with you shortly.

11:06:58 PM adibotak

ok i’m waiting..

11:07:01 PM adibotak

thanks

11:14:24 PM Joanna B.

Thank you for waiting, sorry for the delay. Looks like you just back to selling on eBay again after several months, this is partly why this limitation is in place at this time, this is standard procedure to keep eBay a safe marketplace to buy and sell online. I want to assure you, you did nothing wrong here, you just need to build up your reputation as a seller by getting good feedback and Detailed Seller Ratings from your buyers on these items you’ve listed so far. You can take this time to familiarize yourself on some tools, processes and features that has been improved on eBay since the last time you sold items here. By the next evaluation date, with the good ratings and positive feedbacks you’ll be getting, this selling limit will be automatically removed, you don’t have to do anything else.

11:16:40 PM Joanna B.

I don’t mean to rush you, but I just wanted to make sure we haven’t lost our connection. Are you still with me?

11:17:07 PM adibotak

yes i’m here

11:17:19 PM Joanna B.

Please let me know if you need any further clarification on this.

11:17:25 PM adibotak

yes..

11:18:09 PM adibotak

so that mean there will be no exact date when my account will be released??

11:19:11 PM Joanna B.

Yes, you are right. Don’t worry you still have another option on this. You can appeal to have this limit lifted by our Trust and Safety team, they’re authorized review and process this request from sellers. If you have not contacted them yet thru email or phone, let me now help you get in touch with them.

11:19:25 PM adibotak

what do you mean by “Detailed Seller Ratings”?

11:19:26 PM Joanna B.

I’ll show you now how to get their contact number as each member is given a unique PIN to use so you won’t have to go thru tedious security verification. Are you logged in to your eBay account right now on another window?

11:20:14 PM Joanna B.

Detailed Seller Ratings are ratings given by your buyers.

11:20:15 PM adibotak

yes i am

11:20:34 PM Joanna B.

From your My eBay page, click Contact Us on the upper right corner, then type in “selling limit” then click the Ask button. Then the Call Us button should be on the right side, click that to see the number to call and PIN to use. Choose any option on the phone menu to get to a live agent, then ask for be connected to our Trust & Safety team.

11:22:24 PM adibotak

that mean i have to call and talk to them, and everything will be sattel shortly?

11:22:40 PM Joanna B.

Yes.

11:23:12 PM adibotak

so can i make a call right now or i have to wait for few minutes?

11:24:05 PM Joanna B.

You can make the call now.

11:24:41 PM adibotak

ok thank you very much for helping..

11:24:50 PM Joanna B.

You’re very welcome.

11:24:55 PM Joanna B.

It’s been a real pleasure chatting with you today and I am glad to have been of help. We value your business and have a great day. Thank you for choosing eBay!

11:25:07 PM adibotak

ok

11:25:30 PM System

Joanna B. has left this session!

11:25:30 PM System

The session has ended!

haa macam tu lah sedikit sebanyak live chat yang aku jalani sebentar tadi. tapi aku masih ragu-ragu sama ada nak call ebay ataupun tunggu sahaja sampai akaun aku diebaskan kembali..anda semua ada pengalaman yang lebih kurang sama macam ni?

meh laa share sini..

stabaz siri 1

15 comments

salam you all..

hai apa khabar geng2 blogger dan silent reader semua?hehe harap semua sihat2 belaka..

eh dua baris pertama dalam setiap entri aku ni dah semacam 1 bentuk format lah pulak ye..memang ditetapkan ayat pendahuluan berbentuk sebegitu. takpe lah, lupakan semua tu. jom kita ke topik asal kita.stabaz..

latar belakang

ini cerita pasal aku punya kampus daa..stabaz adalah seumpama sebuah event yang diadakan setiap tahun di kampusku. dipendekkan cerita, stabaz ialah nama rasmi untuk pesta konvo. diharap semuanya faham definisi “pesta konvo” ye.

sticker untuk kenderaan peniaga

projek baik!

satu perkara yang membuatku amat teruja sekali pada tahun ini. impian selama ini termakbul jugak. tahun ini aku mendapat peluang untuk mengambil tender untuk berniaga.. hoho seronok bukan kepalang! mana taknya ini merupakan langkah pertama untuk aku menyelami dunia perniagaan yang sebenar, bermain dengan barang fizikal, bermain dengan cashflow dan bekerja dengan pasukan yang dibina sendiri, malah menjadi ketua pasukan pengurus besar lagi. cuma yang kurang menarik, barang jualan tidak boleh dipasarkan ke market antarabangsa disebabkan aku cuma menjual nasi goreng..hehe

langkah pertama

sekadar perkongsian rentetan progress bagi menjayakan bisnes baru ini. sabaik saje mengetahui aku layak untuk mendapatkan tender stall untuk pesta konvo tahun ini, aku segera mengatur strategi. pertama, telefon bimibt digenggam erat, tak lepas dari tangan. tujuannya untuk mencari group members. beberapa rakan seperjuangan yang berdarah bisnes dilamar menyertai pasukan. akhirnya 9 orang yang penuh dengan komitmen dapat dikumpul. lengkaplah sudah ahli kami 10 orang termasuk aku sebagai general manager.

seterusnya, kami mengadakan meeting sulung, dimana semua ahli diterangkan dengan semua details tentang rules and regulation untuk perniagaan ini. antara yang aku sampaikan kepada diorang ialah :

  1. tarikh berniaga 30sept-4 oct 2010
  2. berniaga dari pagi sampaimalam
  3. sewa stall RM300 untuk 6 5hari
  4. tidak dibenarkan menjual makanan yang dipanaskan
  5. paip air, kerusi dan meja tak dibekalkan
  6. lampu, kipas, dan khemah saje yg dibekalkan
  7. dan lain2

wah banyak betul masalah kan bila paip air x dibekalkan? macam mane nak berniaga ni? dan tak boleh jual makanan panas pulak tu, meja pulak nak cekau mana? memang kami pening. macam mana nak memaximize keuntungan sambil meminimize modal? hehe maknanya aku perlu buat meeting rasmi yang kedua dengan segera..

bagaimana pula dengan anda? ade pengalaman berniaga gerai??

Rancang Wang Dari Sekarang

20 comments

Salam you all..

Apa khabar geng2 blogger dan silent reader sekalian? aku harap korang dalam keadaan yang baik dan sihat2 belaka.

baiklah untuk entri kali ini ingin sekali aku kongsikan kepada anda semua berkaitan dengan sebuah buku yang diberi nama “Rancang Wang Dari Sekarang”,RWDS yang ditulis oleh  Pakdi.

sebelum membuat review tentang buku RWDS ni, ade sedikit details tentang buku ini yang perlu diketahui oleh anda semua :

  • penulis : Pakdi
  • penerbit : PTS PRFESSIONAL
  • tajuk buku :Rancang Wang Dari Sekarang
  • muka surat :162(tidak termasuk bahagian kandungan dan introduction)
  • harga :RM17.50(semenanjung), RM19.50(sabah/sarawak)

baiklahuntuk bahagian review ini, ingin sekali aku membahagikannya kepada beberapa bahagian seperti dibawah :

quote daripada bahagian prakata

Perancangan perlu dilakukan mulai dari sekarang. Ramai antara kita tidak menyedari kepentingan merancang wang melainkan sudah tidak cukup duit dan hutang mula bertambah di keliling pinggang.

Ramai orang tidak tahu merencang kewangan kerana tidak didedahkan dengan perkara2 yang asas seperti aset, liabiliti, pendapatan, perbelanjaan, aliran tunai serta maklumat penting berkaitan simpanan, perlindungan dan pelaburan.

Kita juga masih tidak betul2 faham mengenai kewajipan merancang kewangan dengan cara yang halal dan berkat. Setiap sen yang kita dapat itu akan ditanya oelh Alah pada hari akhirat kelak. Malah, sumber sumber pendapatan yang halal atau haram itu sendiri membentuk darah daging kita.

Dalam buku ini, kita dapat mempelajari perkara2 asas seperti yang disebutkan di sebelah. Penting bagi kita memahami perkara yang asas supaya membolehkan kita merancang dengan betul dari awal.

Saya berharap buku ini membantu pembaca supaya dapat mula merancang wang dari sekarang bakkata pepatah Melayu, “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.”

Suzardi Mauzan

www.pakdi.my

2010

Golongan yang aku sarankan supaya baca

secara umumnya buku ini mendedahkan idea paling kasar dan asas tentang perancangan wang yang perlu diketahui oleh orang dewasa terutamanya, iaitu meeka yang menguruskan hidup dan wang sendiri. selain golongan dewasa, teramatlah disarankan mereka yang masih diusia BELIA, seperti awal 20an danhujung belasan, supaya mendapatkan buku ini dan menimba ilmu darinya(umur lebih kurang macam aku lah ni). ini kerana, jika golongan ini buat acuh tak acuh dan cuma mengambil berat tentang ilmu ini disaat2 genting, maka waktu itu mereka pastinya akan menjadi kelam kabut. so aku cadangkan bersedialah seawal yang mungkin!

Daya tarikan tersendiri

perkara yang aku palins suka tentang buku ini ialah penulisnya, pakdi bukan saja memberi nasihat dan tips ikut logik akal, malah point2 yang diketengahkan adalah huraian dan lanjutan daripada potongan ayat al-Quran dan hadis. antara ayat yang menjadi reference beliau ialah dari surah al-Ankabut, al-Jumaah dan juga al-Baqarah, manakala kisah2 nabi Yusuf dan nabi Nuh banyak dijadikan teladan..

Akhir kata

akhir kata dari aku, luangkanlah masa dan sedikit wang poket anda sekalian untuk menimba ilmu yang bermanfaat dan berguna ini. perlu diketahui ilmu ni sangat basic, jadi untuk mereka yang dah banyak pengalaman mungkin tak berapa perlu kot. cuma orang2 jenios macam aku ni je a.k.a mahasiswa yang perlu, sebab benda ni tak diajar di sekolah.

harap maklum

tutorial-delete komen-komen spam

16 comments

salam you all!

wah hari ni aku mengupdate blog ni dua kali lah nampaknya..dek kerana kebosanan dan terlebih idea, memberi peluang kepadaku untuk meluangkan masa yang lebih untuk berblogging.

baiklah terus ke topik asal, men-delete komen2 spam yang unethical dan kurang asam tu. untuk yang kesekian kalinya, blog niche pertama milikku, biotechboy.com mendapat sambutan yang betul2 hangat daripada spammer.

tengkiu mr.spammer!

oleh sebab itu, aku pun mencarilah jalan untuk mendelete komen2 tersebut.maka seperti selalunya, pakcik google lah yang menjadi tempat rujukan pertama..

berikut merupakan procedur mendelete komen2 tu:

  1. pegi kat google dan type “delete wordpress commeent”
  2. klik mcm kat arrow tu
  3. atau terus je klik sini untuk sampai ke destinasi yang sama
  4. then followlah step yg dia bagi..hehe

senang je kan?ni ha step dia..
———————————————————–
Since the spam comments keeps in coming in, I had to do something to stop it first. Log in to your WordPress Admin site, go to Settings > Discussion and CHECK “Users must be registered and logged in to comment“. Now the spam comments should stop since it requires an account. To be on the safe side, disable registration

by going to Settings > General and UNCHECK “Anyone can register“.

When you’ve done both of the steps above, no comments will get in.

Now to clean up the spam that’s in moderation. Log in to phpMyAdmin, select the database

that has WordPress installed and go to SQL tab. Type the following command below and click the Go button.

delete from wp_comments where comment_approved = '0'

phpMyAdmin delete wordpress spam comments
————————————————————-
hehe kan senang je kalau aku copy and paste info kat atas ni dari awal lagi..step yang diberikan ni sangatlah senang lagi mudah untuk kita apply,memang sesuai untuk biginer macam aku ni..

baiklah nanti kalau ada tips baru aku akan kongsikan lagi..

salam

http://www.raymond.cc/blog/archives/2009/07/04/easily-delete-all-wordpress-spam-comments-using-phpmyadmin/

cerita best hari raya ke-5

8 comments

salam you all!

hai semua apa khabar?selamat hari raya maaf zahir batin aku nak ucapkan kepada semua geng blogger dan pembaca sekalian..

harap maaf kerana terlambat mengucapkan wish raya ni..pada ahri raya ke-5 ni lah baru aku ada waktu lapang dan bebas pemikiran untuk mengupdate blog ini..baik lah terus ke topik kita pada kali ini.

sepanjang hari raya ini, banyak rancangan di TV yg ditayangka. kebanyakkaya movie lah kan.dan banyak2 movie, baru hari ini aku menjumpai movie yang aku boleh layan iaitu cerita “30 hari mengenali cinta” lakonan erra fazira dan aaron aziz..

hehe yang ni la yang paling menarik buat masa sekarang kalau nak dibandingkan dengan cerita “sifu dan tonga” dan “duyung”..hehe selain ceritanya menarik, plotnya jugak agak jiwang untuk dilayan,sesuai sangatlah untuk orang yang sedang disamun dilamun cinta(bukan macam aku)..

hehe..

kat sini aku sertakan beberapa screen shot daripada filem ni..enjoy!

alamak aku sangat lah malas untuk mencari sinopsis untuk cerita ini, so sape2 yang rase nak tengok cerita ni, boleh lah download sendiri cerita ni kat link ni..klik sini untuk tengok dari youtube dan sini untuk yang bukan youtube punya..hehe

hehe baiklah aku mahu menjamu selera makan tengah hari..

nantikan entri yang seterusnya..sampai nanti..

salam