rozaidi.net

tempat aku mengomel

sampai bila?

11 comments

salam you all!

hai apa khabar semua?aku harap semua reader sekalian dalam keadaan sihat walafiat saja ye. hari raya semakin dekat, maka ramadhan pun semakin hampir meninggalkan kita nampaknya. macam mana pula dengan ibadah 10 malam terakhir ni? harap geng-geng blogger sekalian tidak terlepas peluang yang diberikan untuk mengaut segala ganjaran percuma yang berlipat2 kali ganda pada ramadhan ini..

baiklah berhenti membebel dan terus ke perbincangan kita pada hari ini. beberapa hari lepas aku ada menerima sepucuk email yang dikirim oleh seorang sahabat seperjuanganku. so, entri kali ini cuma nak share kepada geng2 blogger sekalian satu informasi yang sangat menarik tentang orang yahudi yang kita musuhi seama ini.

jom layan kejap..

…..

mari muhasabah!!! lakukan perubahan

sesungguhnya tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha mengubahnya!!

dah tentu ke arah kebaikan = )
SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak
by Danish Irfan on Wednesday, August 25, 2010 at 2:28am

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship
dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat
saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi
Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa
Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang
paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling
tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi,
dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di
Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya
menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah
sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan
kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri?
Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon
tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat
sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis
yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana
untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data
yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal
untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba
bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di
Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama
kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain
piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan
menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan
kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan
bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat
menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik,
tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada
beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk
anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak
beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini
membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat
latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama
susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan
tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis
kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat
merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.
menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung
dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang
mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi,
perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap
undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan
(hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama
dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak
elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian,
terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu
sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang
kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut
mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu
kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan
lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah
Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan
menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah
mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan
nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat
pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg
cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui
oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap
ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah
…… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan
anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama
kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)
Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata
mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari
awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah
suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota
notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal
menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik
dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai
sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar
matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi
keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak
anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya
katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di
tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga
menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah
memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan
menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping
mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di
sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan
mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya
lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya
berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke
institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan
lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan
sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan
rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik
Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan
didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta
di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka?
Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut
mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan
dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada
menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat
mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang
Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat.
Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan?
Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!

pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka
yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja).
Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman
tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama
dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg
betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle,
Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai
ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan
Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar
dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan
bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New
York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak
boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan
masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu
mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah
tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam
lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran – admin).
Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan
berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah
baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano
dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak
mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi,
seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok
menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh
akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada
tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak
tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa
harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk
makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan
menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara
pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel ,
maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia
walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar
Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi
goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat
saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari
restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan
segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan
hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah
universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan?
Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari
bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai
bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan
matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah
sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,
adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh
hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin
saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan
ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik
anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya
lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya
melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun
(cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh.
Eseinya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato! ‘ Selamat
sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan
bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan
bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer,
Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya,
Selangor.

…..

haa so macam mana perasaan anda semua? ada yang rasa teruja tak? entri kali ni just sebagai perkongsian kepada geng2 blogger sekalin supaya sama-samalah kita muhasabah diri baik untuk mereka yang dah pernah baca email ni, mahupun yang belum lagi..

ape pendapat korang??

introduction to biologi

13 comments

salam you all..

hai semua apa khabar? aku harap semua disana sihat-sihat saja ye. untuk mengelakkan aku mmbuat entri yang terlalu berkaitan dengan personal life ni, adalah lebih baik rasanya aku membuat artikel yang agak ilmiah bekaitan dengan bidang pelajaran aku kan? selain untuk memantapkan lagi blog niche aku yang satu tu, sekaligus mengasah bakat penulisan aku, aku boleh lah jugak share something yang agak informatif pada para pembaca kan??

hehe..

baiklah untuk segmen kali ini, aku ingin sekali menamakannya sebagai segmen “Mari Belajar Biologi” dan entri kali ini akan dijadikan sebagai introduction kepada subjek biologi yang akan aku ajarkan ye..

bermula dengan definisi, perkataan “bilogi” itu sendiri berasal dari bahasa greek, gabungan dua perkataan iaitu “bios” dan “logos” yang mana masing-masing membawa maksud “kehidupan” dan “kata”. maka, bidang biologi secara umunya mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling.

secara amnya, biologi bukanlah semata-mata silibus yang harus dipelajari di sekolah menengah, malah pengetahuan tentang bidang ini amat perlu dalam menjalani kehidup seharian, terutama sewaktu berbicara soal kesihatan.

baiklah setakat ini saje kot introduction yang akan disampaikan. kita jumpa lagi lain kali dengan tajuk yang lain pula ye..

salam

merangkak kembali

17 comments

salam you all!

hai semua apa khabar! wah lama betul aku tak mengupdate blog rozaidi.net ni ye. ade la rasenye hampir sebulan lebih kot, hampir2 saja aku meninggalkan dunia bloging ni kerana komitmen terhadap benda lain.

wah rindu betul aku dengan rakan2 blogger sekalian. lama sudah tidak melepak di blog2 feveret seperti blog mancai, zik, bro bujang3, kak suri, dan banyak lagi. abg aku si cyza.us tu pun jugak, dan ramai lagi lah yang mempunyai blog yang sangat menarik dan sekaligus ikut sama menjayakan dan merealisasikan impian aku secara tak langsung untuk membina sebuah blog dan mengupdatenya selalu.hehe

jadi bersempena kita berada di dalam bulan ramadhan yang mulia ini, rasanya masih belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat berpuasa untuk semua rakan-rakan blogger dan juga silent reader yang mengikuti perkembangan blog ini.

sekaligus dengan ucapan ramadhan al mubarak, rasanya jugak lah tidak begitu terlalu awal untuk aku mengucapkan salam aidilfitri mohon maaf zahir dan batin. mintak lah kepada rakan semua supaya memaafkan dan melupakan silap dan salah yang aku telah lakukan sebelum ini.. hehe

baiklah sampai disini saja kot rasanya entri comeback untuk kali ini. aku tersangatlah mengharap untuk dapat maintain mengupdate blog ini dari semasa ke semasa, so untuk itu jugak aku sangat meminta dan memerlukan sokongan moral daripada geng2 bloger tegar semua ye..

selamat berpuasa..

selamat hari raya..

salam

salam you all!

hai semua apa khabar?! diharap semua dalam keadaan sihat sejahtera..

hari ni(isnin) merupakan hari pertama aku masuk belajar balik untuk semester baru..hehe agak memeningkan kepala rasanya..mood belajar masih belum ada. yang ada cuma mood bercuti di rumah. otak cuma fikirkan pasal bisnes, tengok bola, masak dan sebagainya yang tiada kaitan langsung dengan akademik. setelah lebih 3 bulan bercuti, baru tadi aku telah attend kelas pertama untuk semester inni, dan perasaannya sangatlah membosankan..

argh! bagaimana ya kawan blogger yang lain? pasti mereka yang telah berpengalaman tahu bagaimana rasanya menghadapi keadaan sedemikian, dan yang pastinya dapat mengatasi masalah tersebut. hari ni aku ade 3 kelas..pagi, tengah hari dan petang.. pagi aku malas nak pegi, petang aku tidur sahaja di asrama. cuma kelas tengah hari sahaja yang aku bersemangat.

oh, pelajarang yang diajar di kelas tadi adalah kimia organik. satu subjek yang sangat menarik. aku harus recall kembali pelajaran2 yang telah aku pelajari di peringkat asasi dulu. lebih kurang 3 tahun yang lepas jugak la. nota2 lama masih aku belum buang, cuma tersorok entah dimana. kerja-kerja pencarian harus dilakukan segera untuk mengelakkan keciciran.

untuk hari selasa(esok), aku bercadang untuk tidak ponteng semua kelas pun..tapi walaubagaimanapun, kita tengok sajalah macam mana keadaannya esok ye..

rakan-rakan blogger sekalian macam mna pulak? aku pasti ramai yang pernah experience pengalaman macam ni. dan macam mana korang boleh solve ye? jom share sikit

p/s : korang jangan tertipu dengan gambar kat atas tu, aku pun tak tau gambar ape tu.aku just rembat kat google je.hehe

trifle-pantas dan tangkas!

36 comments

salam you all!

wah! sudah banyak hari aku tidak mengupdate sebarang entri ye.. akibat ketandusan idea dan sibuk dengan urusan lain, malah tempoh cuti semester aku yang dah nak habis lagi beberapa hari ni, so aku memang tiada kesempatan untuk update.. kepada yang selalu berkunjung tu, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan ye..

baiklah, pagi ni aku berasa sangat gembira.

sebab?

sotong dari Jerman yang bernama paul telah meneka dengan tepat sekali lagi akan keputusan perlawanan semi final world cup sebentar tadi. sebelum ni sudah lima kali sotong tersebut predict match Jerman dengan tepat. bukanlah kali ni aku suka Jerman kalah.. cuma aku seronok sebab spain menang.. dalam team spain tu sendiri terdapat 7 orang player barcelona(my favorite). antara mereka adalah xavi, iniesta, pedro, besquate, puyol, pique, dan player yang baru dibeli, villa. hehe dah-dah aku bukan nak sembang pasal world cup kat sini..

trifle

disebabkan aku tertidur awal malam semalam, jadi aktiviti membuat trifle yang aku telah janjikan kepada mak aku tertangguh, sehinggalah habis perlawanan semi final antara spain dan jerman sebentar tadi. jadi untuk tidak membuang masa, dan sebelum mak aku terjaga dari mimpitidur, aku dengan segera menyiapkan trifle aku.. hehe aku ni memang suka memasak dan menyediakan makanan..

haa mcm mana? sekarang masih ade lagi sesiapa yang masih tidak tahu apa itu trifle? trifle ni merupakan antara makanan kegemaran aku sekeluarga..tapi, gambar kat atas tu dirembat dari google semata-mata..

gambar trifle yang real ade dekat sini :)

dan

bagaimanakah struktur trifle itu?

baiklah, sebelum kita mempelajari cara membuat trifle, kita mestilah faham dulu kandungan yang terdapat dalam trifle tersebut. trifle umumnya terdiri daripada 3 lapisan utama. berturut-turut dari bawah ke atas ialah sponge bob square pantscake(atau swis roll), jelly fish(bukan agar-agar), dan custard yang terletak di bahagian topping.

jadi, bagaimana cara menyediakannya?

mudah saja.. disebabkan trifle mempunyai 3 lapis, jadi kita buatlah mengikut urutan..

  1. mampatkan sponge bob square pantscake(atau swis roll) ke dalam container atau tupperware
  2. basahkan sedikit dengan air(terpulanglah air ape pun mengikut kreativiti)..
  3. sediakan jelly mengikut instruction kat belakang kotak dia
  4. curah laa jelly tu ke atas kek tersebut sebagai lapisan kedua
  5. sediakan custard mengikut, juga mengikut instruction yang ade kat belakang bungkusan tu
  6. jadikan mix fruit dalam tin sebagai aksesori tambahan(terpulang sebagai topping atau sebagai isi dalam trifle tersebut)
  7. masukkan bekas dalam peti sejuk sampai dia sejuk
  8. trifle sedia untuk dinikmati

hah..berikut merupakan visual bahan-bahan yang aku gunakan sebentar tadi(lepas siap baru teringat nak ambil gambar)

p/s 1: start buat 4.30 am siap 5.00 am

p/s 2:aku dah lama tak buat,so aku main hentam je resepi dia

p/s 3:aku malas nak duduk kat dapur lama-lama,so aku buat secepat yang mungkin

p/s 4:aku buat entri ni lagi lama dari kau buat trifle tu

p/s 5:aku pun x tau rasa dia jadi mcm mana yang aku buat ni

p/s 6:aku tak reti la nak tegakkan gambar mix fruit tu, dah 3x aku adjust..sori kawan2

salam you all!

hai semua! apa kabar?! hari ni aku sangat berbesar hati untuk membuat entri ni, tapi tak tahu pulak kenape yek. hmm

cuma entri kali ini, ingin sekali aku mengajak rakan-rakan blogger sekalian untuk sama-samalah kita memuhasabah diri. kerana pada waktu aku sedang menulis entri ini, aku sedang berada di border masa, 1st half of the year 2010 dan juga 2nd half of the year.. yes! kata orang tua-tua(mak aku yang cakap) kalau nak memuhasabah diri, kita tunggu sampai waktu tengah hari, kemudian kenangkan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang hari. itu untuk muhasabah diri harian lah kan..

tetapi pada kali ini, aku ingin sekali mengajak rakan-rakan sekolah blogger sekalian, marilah sama-sama kita mengenangkan ape saje yang kita telah lakukan di sepanjang separuh masa pertama yang lepas. yes, when i said 1st half, i do mean January until June.. untuk aku, boleh jugak lah aku nak kongsikan sedikit pengalaman(target, pencapaian dan kegagalan) yang telah aku lalui sepanjang 1st half yang lepas.

target

  1. dapatkan 3 pointer for 2nd semester of my study
  2. khatam Qur’an
  3. makan seminggu tak lebih RM50
  4. reach final in any football or futsal tournament
  5. tambahkan savings dalam akaun asb
  6. topup hand phone tak lebih RM50 sebulan
  7. menambah simpanan emas
  8. menyiapkan blog niche yang diplan sejak sekian lama dan mengupdatenya selalu
  9. memperoleh incom pertama dari adsense sepanjang 3 bulan cuti semester
  10. habiskan baca buku-buku(tarbiah, novel, motivasi dan pelajaran) yang dibeli sejak sekian lama

pencapaian : number 2,3,5,6,7 dan 10

kegagalan : number 1,4,8,9

so setakat ni, peratusan pencapaian aku masih tidak boleh dianggap memuaskan hati lah, sebab daripada 10 target yang aku buat, aku cuma berjaya mencapai 60% daripadanya.. walaupun kegagalan adalah sebanyak 40%, tetapi kesemua 4 target tersebut merupakan target major aku. so untuk menghadapi separuh tahun yang kedua ni, aku perlulah lebih berhati-hati dan bersungguh-sungguh dalam mencapai target yang telah aku set kan.

target baru

baiklah, untuk another 2nd half of the year ni pulak, aku belum lagi menulis dengan tepat ape yang perlu aku targetkan. semuanya hanya perangkaan dalam kepala sahaja, belum lagi diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan dan ditulis lalu disimpan dalam microsoft words..hahaha

jadi anda semua bagaimana pula?? ade ape2 perancangan untuk 2nd half yang akan datang? atau perancangan anda lebih teliti dengan memecahkan setahun kepada 4 quarter? jadi apa pula perancangan anda dalam 3rd quarter nanti?

jom la share geng-geng blogger sekalian!

less productivity-cause?

17 comments

salam you all!

fuuh!dah lama jugak aku tak mengupdate blog rozaidi.net ni.. sebelum aku menulis entri ni, sempat jugak aku menjengah ruangan shoutb, tengok-tengok ade ape perkembangan dalam tu..sambil-sambil tu, aku sempat menjeling ke arah tarikh entri aku yang terakhir yang bertajuk teenagers spending.

oh rupanya sudah sembilan(9) hari jugak aku x mengupdate dan mengpost sebarang entri kat blog ni..rindu jugak rasanya dengan blog ku ini, juga kepada blog-blog rakan-rakan blogger yang lain..

kat dalam ruangan shout box tu, boleh tahan jugak peminat-peminat aku ni..(hehe perasan sekejap)..rupa-rupanya kehadiran aku ni dirindui jugak oleh segelintir geng-geng blogger lain.(tak payah sebut lah nama diorang takut diorang segan pulak nanti)

sebab

baiklah straihgt to the point, terdapat beberapa sebab yang melembabkan aktiviti blogging aku dalam blog rozaidi.net ni..aku pun semakin hari semakin kusut menghadapi hari-hari yang menyukarkan..antara sebabnya adalah :

  • aku gagal membahagikan masa utk mengupdate personal blog(rozaidi.net) dan juga niche-niche blog(project blog) yang lain
  • aku sibuk mempelajari tentang teknik dropshipping utk menjadi penjual kat ebay
  • rumahku sedang dalam proses renovetion, so keadaan sangat berserabut
  • aku terlalu banyak sangat hang out dengan kawan-kawan dan si dia sampai malas nak ngadap pc
  • pening pakai window seven, menyebabkan aku tiada mood(aku nak format netbook ni nanti jadikan windows xp je)

  • kabel telefon kat hujung jalan rumah aku kena curi,so streamyx dan telefon rumah tak boleh jalan selama beberapa hari
  • world cup

next plan

sekarang sudah 28 jun,dan aku cuma punya baki cuti beberapa hari sahaja lagi untuk dihabiskan.so, aku sentiasa hidup dalam confuse sama ada nak fokus kat niche blogging atau ebaying..kalau dah naik semester, sudah pasti semuanya akan menjadi lebih berserabut. tapi tak apa lah, kita tengok saja ape yang akan terjadi nanti.. ape-ape pun, aku sangat memerlukan disiplin supaya semua yang telah ditargetkan akan berjalan dengan lancar, insyaAllah. harapnya semua geng-geng blogger pun semuanya sihat-sihat dan berbahagia selalu..

p/s1 : aku tak nak membebel lama-lama.match netherlands nak start ni..walaupun aku tak sokong holand, tapi aku mesti tengok jugak, sebab ni world cup..

p/s2 : kat dalam “p/s” pun aku sempat bebel panjang-panjang lagi..huhu