baru saja aku habis menonton rancangan yang agak fevret untuk aku-whi(wanita hari ni). memang menarik rancangan ni, dan banyak informasi yg kita boleh dapat dari sni..selain mhi(malaysia hari ini) yang padat dengan informasi berkenaan dunia semasa, whi tak kurang juga hebatnya.
mungkin ramai orang diluar sana yang beranggapan bahawa whi adalah rancangan yang khas untuk golongan wanita sahaja. ya, mereka sememangnya tidak mengetahui apa kandungan yg tedapat dlm rancangan ini. mcm topik yg dibincagkan pada hari ni je, tajuknya ialah “malangnya hidup tanpa kwsp”.
utk perbincangan hari ni, whi ada menjemput 3 org utk ditemuramah..satu org dari kwsp, satu dari mane ntah, satu lagi artis. aku ingt nama artis tu je, nama dia sabrina(sebab dia lawa walaupun dia dtg lmbat td). yang lagi 2 tu, maaf banyak2, aku memang x dpt ingt. memori aku lebih terkesan dengan adanya bantuan visual yang menarik.
seperti yang aku sedia maklum, berdasarkan ape yang aku dengar orang kwsp tu cakap tadi, 8% daripada gaji kita akan direserve dalam akaun kwsp ni, dan majikan akan tambah sebanyak 12% lagi(tiap-tiap bulan). dan percentage ni adalah bergantung kepada budget tahunan yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri setiap tahun. then waktu pencen umur 55 tahun nanti, bolehlah kita guna duit-duit yang kita dah reserve semasa muda tu. orang tu cakap boleh buat beli rumah, komputer, biaya anak utk lanjutkan pelajaran dan macam2 lagi. aku pun tak pasti, sebab aku belum bekerja lagi.
ade jugak terlintas dalam fikiran aku tadi, tak adakah pekej yang boleh disertai untuk golongan suri rumah yang tidak bekerja atau untuk golongan student yang ingin menabung untuk hari tua mereka. mungkin jawapannya mudah, melabur dengan amanah saham je. tapi apa salahnya kalau government menyediakan alternatif yang lebih banyak kepada rakyat yang supaya tak de lah kita cuma terikat dengan pilihan-pilihan tertentu sahaja.
oh ada ‘produk’ terbaru drpd kwsp yg telah dilancarkan pada bajet 2010 tahun lepas oleh PM kita, dato’ seri najib tun razak. ‘produk’ ni katanya utk orang yg bekerja sendiri iaitu yg tidak mempunyai majikan. so diorang boleh daftar dgn kwsp, then tiap2 bulan bayar ke kwsp dengan jumlah minimum RM50 dan maximum RM 5000..
‘produk’ terbaru ni dikatakan bagus dan sesuai bagi golongan seperti nelayan, petani, usahawan dan artis yg tidak de bos. untuk simpanan hari tua katanya, bersesuian dgn motto kwsp sendiri, “simpanan haru tua anda”.
kenapa aku katakan ianya ‘produk’ terbaru? sebenarnya aku pun lupa ape ntah nama nya benda yang pegawai kwsp tu ckp td. haha semua pun aku lupa. yang aku ingt nama artis tu je sabrina. ntah-ntah nama dia bukan sabrina, aku lupalagi. cis!
kalau korang nk tahu lebih lanjut tentang kwsp ni, korang boleh lah klik sini utk layari laman webnya..
ade sape2 tak yang tengok wanita hari ini tadi (khamis 6mei 2010), jom ah share skit..yg tak tengok pun boleh share jugak