8.1 PEMBANGUNAN EKONOMI
Pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan sejak sebelum merdeka lagi. Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar. Dasar ekonomi baru (DEB) pula diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Apabila tempoh DEB tamat pada tahun 1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pula diperkenalkan untuk menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000. Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan DPN, banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara.
8.2 RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
Rancangan Pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap, iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Rancangan Pembangunan Lima Tahun Tahap Kedua (1971 – 1990) juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (RRJP1) dan dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru. Jadual di bawah menunjukkan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun bagi kedua-dua tahap tersebut.
RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN
| Tahap Pertama (1956-1970) | Tahap Kedua(1971-1990) |
| Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) |
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) |
haa ape macam?? best tak belajar pasal ekonomi?? kalau para pembaca nak tahu, point2 kat atas tu merupakan sedikit sedutan daripada buku teks sejarah form5 aku dulu. wah! dah 3 tahun aku meninggalkan alam persekolahan sejak menduduki spm pada tahun 2006 dulu.. aku rasa agak bertuah kerana aku masih lagi menyimpan buku2 teks dan rujukan sekolah dulu, at least form4 dan form5. sayang rasenye nak buang, walaupun tak lah semua subjek aku dapat A.
kenapa?
ok, mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa aku tiba2 cerita pasal pelajaran sejarah pulak ni kan? sebenarnya begini.. hari ni(semalam) terdapat pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 oleh yg berhormat PM kita, Doto’ Seri Najib Tun Razak. Dengan sangat excited aku ternanti-nanti kemunculan rancangan tu. hebat jugak, RTM1, RTM2 dan TV3 ade tayang pukul 11 pagi td. channel lain? entah aku tak tengok pulak..
sepanjang pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 tersebut, aku tersangatlah mengantuk sampai tertidur-tidur menonton PM kita yang sedang khusyuk dok sembang bentang berkenaan rancangan ekonomi tersebut. kesimpulan nya, aku langsung tak faham ape pun yang dibentangkannya. cuma yang aku terperasan, beliau ade menyasarkan target 30% penguasaan ekonomi oleh kaum bumiputera. dan katanya target itu sambungan Rancangan Ekonomi edisi yang lepas. berdasarkan kepada buku sejarah aku ni, dikatakan pada tahun 1970, penguasaan bumiputera adalah 2.4% manakala pada tahun 1990, nilainya meningkat pada 20.3% dan dikatakan masih lagi belum mencapai sasaran yang ditetapkan. rupa-rupanya sampai sekarang pun sasaran 30% tu masih lagi tak tercapai.
buku teks sejarah form5 cetakan 2003

entah kenapa aku masih teringat lagi pelajaran2 yang diajar dalam subjek sejarah ni, walaupun ingatannya cuma samar2 sahaja. tetapi untuk chapter ini sahaja(chapter8), aku dah boleh dapat tahu sedikit sebanyak berkenaan sejarah Rancangan Malaysia.(nama pun buku sejarah).
untuk Rancangan Malaya Pertama, matlamatnya adalah untuk membangunkan kawasan luar bandar supaya jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar dapat dirapatkan. manakala untuk Rancangan Malaya Kedua memberi tumpuan terhadap penyediaan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan.
selain itu, aku jugak dapat tahu asal usul penubuhan beberapa badan seperti RIDA, FELDA, FAMA, FELCRA, MARA, MARDI, MIDA dan banyak lagi..haha rasa macam baru belajar pulak, padahal cuma mengulang je ape yang pernah dipelajari sebelum ni.
harapan
untuk bahagian harapan ni pulak, aku sangat lah mengharapkan bahawa dalam tempoh 5 tahun untuk pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 ni, kedudukan ekonomi kaum bumiputera dapat mencapai sasaran yang telah pun ditetapkan sejak sekian lama iaitu sebanyak 30%. setakat pengetahuan aku yang cetek dalam bidang ekonomi ni, aku cuma boleh menasihatkan kepada semua supaya cubalah berusaha untuk mengukuhkan ekonomi peribadi dan ekonomi keluarga dahulu dengan tidak hanya mengharapkan pendapatan daripada makan gaji sahaja(kenapa cara aku cakap macam aku ni dah bekerja?). mungkin dengan cara itu, kalau target yang disasarkan pun tak dapat, sekurang-kurangnya kita dapat merapatkan jurang ekonomi kaum bumiputera dan bukan bumiputera.
sekian
Comments
Leave a comment Trackback