Salam you all..

hai semua apa khabar aku harap sihat2 belaka semuanya ye.baiklah hari ni aku ingin untuk berkongsi cerita tentang ikan akuarium yang bernama silver shark. Nam saintifiknya adalah Balantiocheilos melanopterus, atau ladang2 disebut juga dengan panggilan bala shark.

maaflah aku xde kamera untuk snap gambar ikan aku

baiklah aku kurang berminat untuk describe tentang ikan ni dalam bentuk karangan sebab aku tahu korang memang malas nak baca ngomelan aku yang panjang2 ni kan. so aku ringkaskan kepada point form..

  • type : tropical aquarium fish
  • sebab dipanggil “shark” : dia ade sirip yang panjang dan badan berbentuk torpedo
  • kelebihan : boleh sesuaikan diri dengan keadaan air, perlukan pH air 6.00-8.00, suhu 22–28°C, cepat membesar
  • kekurangan : suka melompat keluar aquarium. so kena ade peutup aquarium untuk mengelakan ikan ni lompat dan mati keluar
  • saiz tangki : disyorkan lebih kurang 6 kaki besar tangki (tak tau pulak berapa liter)

Haa begitu lah sedikit sebanyak info yang aku dapat sharekan dengan korang semua. ini pun aku wiki je tadi. hehe sebenarnya aku baru saja membeli 2 ekor silver shark beberapa hari yang lepas. tapi malangnya seekor telah pun menemui ajalnya petang semalam. kasihan betul dia, x sempat nak kenal dengan environment di rumah baru. tinggallah seekor lagi kawannya tinggal keseorangan di dalam balang biskut raya aku. huhu

oh ye, lupa aku nak cakap. harga ikan ni cuma RM 2 sahaja. tapi aku memang jarang nampak ikan ni kat kedai akuarium. entah macam mana aku boleh terjumpa, so aku tak nak cerita banyak dan aku pun terus membelinya.

haa macam mana dengan korang yang lain pulak?? ade pernah membela ikan akuarium??