salam you all!
wah! sudah banyak hari aku tidak mengupdate sebarang entri ye.. akibat ketandusan idea dan sibuk dengan urusan lain, malah tempoh cuti semester aku yang dah nak habis lagi beberapa hari ni, so aku memang tiada kesempatan untuk update.. kepada yang selalu berkunjung tu, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan ye..
baiklah, pagi ni aku berasa sangat gembira.
sebab?
sotong dari Jerman yang bernama paul telah meneka dengan tepat sekali lagi akan keputusan perlawanan semi final world cup sebentar tadi. sebelum ni sudah lima kali sotong tersebut predict match Jerman dengan tepat. bukanlah kali ni aku suka Jerman kalah.. cuma aku seronok sebab spain menang.. dalam team spain tu sendiri terdapat 7 orang player barcelona(my favorite). antara mereka adalah xavi, iniesta, pedro, besquate, puyol, pique, dan player yang baru dibeli, villa. hehe dah-dah aku bukan nak sembang pasal world cup kat sini..
trifle
disebabkan aku tertidur awal malam semalam, jadi aktiviti membuat trifle yang aku telah janjikan kepada mak aku tertangguh, sehinggalah habis perlawanan semi final antara spain dan jerman sebentar tadi. jadi untuk tidak membuang masa, dan sebelum mak aku terjaga dari mimpitidur, aku dengan segera menyiapkan trifle aku.. hehe aku ni memang suka memasak dan menyediakan makanan..



haa mcm mana? sekarang masih ade lagi sesiapa yang masih tidak tahu apa itu trifle? trifle ni merupakan antara makanan kegemaran aku sekeluarga..tapi, gambar kat atas tu dirembat dari google semata-mata..
gambar trifle yang real ade dekat sini

dan

bagaimanakah struktur trifle itu?
baiklah, sebelum kita mempelajari cara membuat trifle, kita mestilah faham dulu kandungan yang terdapat dalam trifle tersebut. trifle umumnya terdiri daripada 3 lapisan utama. berturut-turut dari bawah ke atas ialah sponge bob square pantscake(atau swis roll), jelly fish(bukan agar-agar), dan custard yang terletak di bahagian topping.
jadi, bagaimana cara menyediakannya?
mudah saja.. disebabkan trifle mempunyai 3 lapis, jadi kita buatlah mengikut urutan..
- mampatkan sponge bob square pantscake(atau swis roll) ke dalam container atau tupperware
- basahkan sedikit dengan air(terpulanglah air ape pun mengikut kreativiti)..
- sediakan jelly mengikut instruction kat belakang kotak dia
- curah laa jelly tu ke atas kek tersebut sebagai lapisan kedua
- sediakan custard mengikut, juga mengikut instruction yang ade kat belakang bungkusan tu
- jadikan mix fruit dalam tin sebagai aksesori tambahan(terpulang sebagai topping atau sebagai isi dalam trifle tersebut)
- masukkan bekas dalam peti sejuk sampai dia sejuk
- trifle sedia untuk dinikmati
hah..berikut merupakan visual bahan-bahan yang aku gunakan sebentar tadi(lepas siap baru teringat nak ambil gambar)




p/s 1: start buat 4.30 am siap 5.00 am
p/s 2:aku dah lama tak buat,so aku main hentam je resepi dia
p/s 3:aku malas nak duduk kat dapur lama-lama,so aku buat secepat yang mungkin
p/s 4:aku buat entri ni lagi lama dari kau buat trifle tu
p/s 5:aku pun x tau rasa dia jadi mcm mana yang aku buat ni
p/s 6:aku tak reti la nak tegakkan gambar mix fruit tu, dah 3x aku adjust..sori kawan2
Comments
Leave a comment Trackback